Thursday 24 October 2013

JASAMU DIKENANG...TERIMA KASIH USZH. SOLIHAH KAMARUDDIN

Menerima penghargaan cenderahati terima kasih daripada
Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah (KGKT) SK Medan Jaya
Marang (24 Okt. 2013) : Hari ini SK Medan Jaya disulami suasana pilu dan hiba atas tamatnya perkhidmatan Guru Ganti (Bahasa Arab), Uszh. Solihah Kamaruddin di sekolah ini.


Cg Mohd Sabri Yaakob mempengerusikan majlis

Murid-murid menghayati ucapan majlis perpisahan.

Uszh. Solihah menyampaikan ucapan perpisahan

Ucapan wakil Guru Besar oleh GPK1 Ahmad Bustaman Rais


Menerima penghargaan terima kasih daripada
Setiausaha KGKT SK Medan Jaya

Bergambar kenangan selepas berakhirnya majlis.
Teruskan perjuangan menuntut ilmu...pesanan Uszh. solihah



Beliau memulakan khidmat guru ganti di sini bermula 26 Ogos 2013 hingga hari ini berikutan Uszh. Fauziah Mohd yang cuti bersalin selama 3 bulan.

Berduet dengan Cg. Mohd Sabri ketika menyampaikan
sajak kemerdekaan sempena Ulangtahun Kemerdekaan
Malaysia 2013

Kenangan sewaktu membantu kejuaraan
Rumah Hijau dalam sukaneka 2013
Kenangan sewaktu 10,000 langkah berjalan kaki
Sesungguhnya khidmat beliau di sini telah melonjakkan semangat pembelajaran di kalangan murid dalam Bahasa Arab (Sekolah Rendah). Beliau yang juga guru penasihat Rumah Sukan - Rumah Hijau turut membantu kemenangan dan kejuaraan Rumah Hijau dalam Kejohanan Balapan, Padang dan Sukaneka antara rumah sukan Tahun 2013.

Sesi bersalaman perpisahan

"Terima Kasih Ustazah..."

"Ustazah kesayangan kami..."


Uszh. Solihah adalah graduan Ijazah Sarjana Muda lulusan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Bapa beliau adalah pesara guru yang pernah berkhidmat di daerah ini.

Akhir kata, bagi pihak Panatia Pendidikan Islam SK Medan Jaya dan JK Program j-QAF SKMJ merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada beliau atas komitmen yang telah diberi sebelum ini.

Semoga Uszh. Solihah berjaya dengan kehidupan selepas ini dalam bidang yang diceburi.

Terima Kasih Cikgu...




arms/berita...

No comments:

Post a Comment

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...